Friday 24 June 2011

Belajarlah dari kehidupan


Dalam hidup ini,dari masa ke semasa,kita sentiasa ingin menjadi lebih baik.Apa sahaja cabaran kita dalam hidup,kita ingin melepasinya dengan jaya dan terus berjaya.

Seumpama seorang pengurus restoran yang sentiasa ingin memperbaiki mutu perkhidmatannya.

Andai terdapat sebarang komen negatif dari pelanggan,akan segera diperbaiki kelemahan tersebut.

Begitu juga dengan segala pujian,diterima dengan besar hati dan memberi semangat kepadanya untuk menjadi lebih baik.

Orang yang cerdik sentiasa mengambil pengajaran dari apa yang dilaluinya.Setiap sesuatu perkara,diteliti.

Yang baik dijadikan pedoman,yang buruk dijadikan sempadan.Mereka sentiasa ingin belajar dan terus mengambil pengajaran.

Kehidupan sebagai guru

Setiap apa yang kita lalui di dalam hidup,samada pahit,manis,baik atau buruk hakikatnya adalah guru yang paling berharga.

Setiap guru mengajar sesuatu yang baik,walaupun kadangkala pahit untuk kita menerimanya.

Kerana itu,sentiasalah belajar daripadanya.Samada ditimpa musibah atau menerima sesuatu nikmat,sentiasalah mencari pengajaran disebaliknya.

Didikan terus dari Tuhan

Pandanglah segala yang berlaku ke atas kita mempunyai tujuan tertentu.Kerana segala sesuatu itu hakikatnya dari ketentuan Allah jua.

Anggaplah ianya sebagai didikan langsung dari Al-khaliq kepada makhluknya.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ

"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) maka (beritahulah kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa hampir.." (Al-baqarah:186)

Jika kita diuji dengan kawan yang bersifat pemarah,maka anggaplah Dia ingin mengajar kita sifat sabar.

Jika kita gagal dalam peperiksaan,maka perlu lebih rajin berusaha kerana mungkin Dia ingin menjadikan kita ilmuwan terulung.

Jika kita sering dikecewakan,bermakna Dia sedang mengajar kita sifat redha.


Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.
-A. Samad Said


...dan pelajaran-pelajaran itu tidak berguna tanpa perubahan.

Wahai si makhluk bertuah,berubahlah!




0 comments:

Post a Comment