Saturday 25 June 2011

Komuniti besar jahil


Sebuah ladang subur,.terdapat komuniti besar sang kerbau dan sekumpulan kerdil sang harimau.

Berlaku dua pertempuran,

Pertempuran pertama,pertembungan dua kumpulan kerbau saling berlaga ,tanduk menanduk,sondol-menyondol dan tikam menikam.Telah banyak yang terkorban..bau bangkai termampat hingga lemas reseptor salur hidung.

Pertarungan diteruskan tanpa cakna hal sekeliling,selagi hayat dikandung badan,kudrat sepenuhnya dikerah..misi? : merebut hak milik rumput segar import dihadiah kumpulan sang harimau sebagai royalti menumpang lalu, tanpa hubaya langsung apa maksudnya.

Di suatu sudut,Pertempuran kedua berlangsung, lebih kejam, sang kerbau seekor dibelasah teruk kumpulan sang harimau.Sebelah tanduknya patah,kulitnya tersiat..sebahagian tubuhnya bertahan dengan tulang tanpa daging akibat ratahan si pemangsa.

Berkeadaan nyawa-nyawa ikan ,Sang kerbau seekor melawan mempertahankan diri dan haknya.Meyakini usahanya usaha mulia,matinya berkapan berkat..

Hak itu bukan haknya seekor,tetapi juga milik bersama komuniti besar sang kerbau yang tak mahu mempeduli ; ladang itu, juga tempat tinggal sejak berabad, sedang cuba dijarah kumpulan kerdil sang harimau.

Sang kerbau seekor terus bertahan.Kondisinya berterusan meningkat getir.Jeritan kesengsaraannya ditongsampahkan rakan sebaka yang ghairah melayan pergaduhan,meruntun royalti yang menjanjikan kekenyangan sementara.Langsung tak peduli tanah pusaka yang sedang dirampok hanya sekumpulan kerdil sang harimau terkutuk.

Sang kerbau seekor tumbang menyembah bumi.Mati terhormat mempertahan hak.Sang harimau berkumpulan berhalaqah kecil merangka strategi baru, untuk meratah seekor demi seekor komuniti sang kerbau yang semakin mengecil.

Mereka ketawa ~ semakin nampak dihadapan dana hidangan gergasi dan ladang pengembang iktisad...


0 comments:

Post a Comment