Sunday 26 June 2011

Tajarrud

Ke mana kau menghala,
ke sini atau ke sana,
kadang kau bersahaja,
kadang kau tergesa,

Engkau ahli ilmu,
engkau orang tahu,
apa yang kau mahu,
apa terbaik buatmu,

Namun,
Begitu engkau terus,
hanyut dengan arus,
disana nyata jalan lurus,
kau turut jalan putus,

Engkau tidak tetap,
justeru mudah disentap,
haluan engkau samar,
justeru tindakanmu hambar,

Tajarrud,
tegas melawan nafsu,
itu yang kau perlu,
agar teguh hala tuju,
agar aksimu padu,


2.42 petang,
H10,Nasr City.

0 comments:

Post a Comment