Saturday 25 June 2011

Wanita dipuja


Berbual mesra,
seorang sahabat memberita,
dari buku muka,
kisah wanita yang dipuja,

Sepatah berbicara,
berbondong menyahut,
bergetar pantas nadi berdenyut,

Dia hanyut,
gembira suka,
di alam maya,

Ingin populariti,
seperti selebriti,
ingin ternama,
seperti si kaya,

Kecantikanmu ditatap,
nafsu sang lelaki disentap,
yang beriman berkali mengucap,
engkau puas,
menggoncang hati yang tetap,

Itukah yang kau mahu,
dalam hidupmu,
yang sementara waktu,

Itulah yang kau kejar,
kerana hatimu gusar,
haluanmu pudar,
Dosa dikumpul,
bekalan ke mahsyar,

Wanita,
seharusnya malu,
kerana disitu,
ukuran nilaimu.


4.10 pagi,
H10,Nasr City.

0 comments:

Post a Comment